Dira Abu Zahar, Gambar dan Biodata










KHAIDHIRAH BINTI ABU ZAHAR atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Paling Popular 2010 sungguhpun baru menceburi bidang lakonan. Beliau lulusan UiTM dalam Pengajian Undang-undang (2007) dan sejak itu menceburi bidang perniagaan.

Dira mulakan penglibatan dalam industri ini sebagai Wartawan Penyiaran untuk Beat TV pada 2006 sebagai penulis skrip dan sejak itu muncul sebagai hos dalam beberapa program tempatan seperti Fulus Mania (Astro) & Jim Ronda bersama Proton (TV3). Tanpa menoleh ke belakang, beliau terus terlibat dalam pelbagai drama tempatan dan bersiri seperti Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower13, Aki Nabalu, Arjuna dan Crossings (berbahasa Inggeris). Beliau juga muncul dalam salah satu filem indipenden bertajuk My Indie Rock Darling.

Selain berlakon, beliau aktif juga menceburi bidang teater dan telah diberi peranan dalam beberapa persembahan pentas seperti Teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan teater fizikal TANDA. Dira juga amat aktif dengan kegiatan lasak. Hobi beliau menunggang motosikal Harley Davidson Spotster. Beliau sering menyertai festival penunggangan motosikal berkuasa tinggi yang diadakan setiap minggu, aktiviti kebajikan dan menganjur pelbagai acara yang melibatkan motosikal berkuasa besar bertujuan untuk kebajikan.

Disamping masa yang begitu suntuk, Dira masih mempunyai masa untuk bermesra dengan orang yang memerlukan. Salah satunya ialah untuk pesakit Thalassemia melalui Persatuan Thalassemia Malaysia. Dira terlibat sebagai Persidangan Kebangsaan bagi Persatuan tersebut dan sering melawat pesakit-pesakit di masa luangnya.




No comments:

Post a Comment